Program Bersama Komuniti Parlimen Kulai
8 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPada 7 Jun 2024, telah berlangsung satu Program Bersama Komuniti Parlimen Kulai 2024 yang bertempat di Balai Raya Felda Taib Andak. Program ini telah dirasmikan oleh En. Muhammad Fitri Bin Abd Razak iaitu wakil rasmi YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi yang juga merupakan Ahli Parlimen Kulai. Turut hadir sama YDH DSP Mohd Kushairi Bin Abdul Rahman, Timbalan ketua Polis Daerah Kulai.
Antara acara yang diadakan adalah taklimat daripada pihak PERKESO, Taklimat Anti Scam dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kulai serta Taklimat Keselamatan Jalanraya dari Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPD Kulai. Selain itu, Parlimen Kulai telah berbesar hati untuk memberikan sumbangan 50 biji helmet kepada Pelajar Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia yang terdiri daripada pelajar berumur 10 hingga 12 tahun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: